Monday, June 13, 2011

Hanya Satu Pintu

Kelahiran aku kedunia ini merupakan satu kesilapan. Jika tidak, tidak mungkin aku di tolak di tarik ke sana ke mari hingga akhirnya aku tersekat di sepasang tangan yang tidak melepaskan aku untuk terus di sepak seperti bola ke sana ke mari. Ya… memang pada mulanya aku bersyukur, tetapi apa bezanya… samada aku terus di sepak dan dikejar seperti bola ataupun tertambat di sebatang pohon yang dipaksa mengikut arahan seperti lembu dicucuk hidung.
Siapa kata darah yang mengalir di dalam tubuh ini boleh dianggap seperti sama merahnya dengan darah orang lain? Walaupun puncanya tetap sama daripada Nabi Allah Adam, tetapi manusia bijak sekali membahagi-bahagikan kasta sesama mereka. Itulah penggunaan akal yang Tuhan berikan kepada mereka. Digunakan sesuka hati mengikut kehendak dan nafsu masing-masing.
Mungkin ada yang mengatakan aku sengaja memilih untuk menjadi mangsa. Tidak…bukan pilihanku… tetapi aku sememangnya mangsa. Mangsa keadaan. Kenapa tidak mereka tanam saja aku hidup-hidup sebaik saja aku dilahirkan? Atau mereka boleh memilih untuk gugurkan saja aku saat mereka mengetahui aku telah wujud dalam rahimnya. Mereka tidak mahu menyalahi undang-undang kemanusiaan dan hukum Tuhan. Tetapi wujudkah rasa bersalah di hati mereka atas apa yang aku tanggung kini… bahana dari tindakan mereka di masa silam?
Apa mereka kisah… bukan mereka yang tanggung… aku yang menanggungnya sendirian. Tak ubah seperti boneka bernyawa. Aku tidak dibenarkan berkata tidak… jika aku berbuat demikian… asal usulku diungkit sepanjang zaman sehingga aku terpaksa akur dalam keterpaksaan. Tiada pintu lain buatku. Hanya satu pintu.
Aku tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin sudah takdirku begini. Mungkin kewujudanku hanya sebagai bahan ujian atas yang lain. Seperti lilin yang terus membakar diri bagi menerangi yang lain. Jika benar… tidak sabar rasa hatiku ini untuk segera terus membakar diri agar cepat habis. Biar lilin yang lain pula Tuhan berikan kepada mereka untuk menyambung pencahayaan. Aku sudah penat… letih… benarkan aku berehat. Kembali kepada si pembuat lilin. Aku tidak pasti… masih panjang lagikah diriku ini yang harus aku membakar sehingga cair semuanya.

Sunday, June 12, 2011

“Kadang-kadang suatu yang kamu benci kepadanya, terlebih baik bagimu, dan yang kamu kasihi terlebih jahat kepadamu” Al-Baqarah ayat 216

Keliru… jalan yang mana yang harus diambil. Utamakan diri sendiri atau utamakan orang lain? Orang lain yang tak lain…seperti darah dagingku sendiri. Kejamkah aku jika aku berbuat begitu? Derhakakah aku jika berbuat begini? Apa yang aku benci dan apa yang aku kasihi juga telah aku tidak dapat memastikannya. Sukar untuk aku membuat keputusan. Aku mengharapkan petunjuk daripada Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana jika petunjuk itu tidak juga tiba? Gerak hati?
Gerak hatiku menuntut aku melakukan kekejaman. Kekejaman yang memperjudikan masa depan. Bagaimana jika aku kalah perjudian itu nanti? Benar katanya, jika sekiranya Tuhan hanya memberikan aku hanya satu peluang saja untuk mengecapi nikmatnya, pasti sejuta kekesalan yang akan aku rasai sepanjang sisa hidupku. Tapi tiada jaminan juga buatku jika aku berani menderhaka.
Memang tiada yang sempurna di dunia ini. Tetapi kita dituntut untuk menjadikan diri kita lebih baik dari yang sebelumnya. Ku kira niatku itu cukup suci. Manusia perlukan perubahan demi memastikan kehidupan lebih bertamadun dalam melahirkan generasi masa depan. Tetapi kenapa ada sahaja yang tidak memahami niat suciku ini. Jika sekadar tidak mahu memahaminya tidak mengapa, tetapi kenapa perlu menghalang perjalananku?
Jika terus-terusan aku dihalang sebegini, jangan salahkan aku jika kekejaman terpaksa aku lakukan. Matlamatku kini hanya satu… Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan yang patut disembah… melainkan Allah. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya seruan itu. Mungkin Allah sudah memilih aku untuk menjadi srikandi di syurga-Nya nanti. Tapi itu bukanlah semata-mata matlamatku.
Aku bersyukur atas seruan itu. Tetapi alangkah payahnya untuk aku jalani seruan-Mu itu ya Allah. Siapakah yang akan bersamaku untuk aku teruskan perjalanan dalam merealisasikan seruan-Mu ini ya Allah? Gementar hatiku. Berdebar jantungku. Nadiku berdenyut lebih pantas dari biasa. Bilakah gementar ini akan terhenti? Perlukan aku hanya membiarkan masa menentukan segalanya? Atau aku sendiri yang seharusnya mengakhiri segala persoalan ini?

Friday, June 10, 2011

Penyakit Lama Datang Balik

Sekejap jer dah seminggu aku balik KL...dua tiga hari kebelakangan ni penyakit lama aku datang balik...iaitu kejap-kejap nak pitam...kejap-kejap nak pitam. Orang kata makan kerang...aku makan...tapi stil rasa nak pitam jer. Datang pulak sorang member aku ni...dia tegur pasal mata aku nie dah jatuh katanya, orang tua-tua kata, kalau mata dah nampak jatuh, itu tanda orang nak meninggal. Mata jatuh aku tak pernah dengar pulak. Yang biasa aku dengar. hidung jatuh...kuku hitam. Tapi kalau aku tengok pun bukannya aku tahu mana rupanya hidung jatuh, mata jatuh dan kuku hitam nie. Sekarang nie kat ofis tak banyak kerja sangat. Bosan jugak kalau datang kerja hari-hari asyik mengadap facebook... angry bird... je kan. Aku nie dah la bukan jenis orang yang boleh duduk diam sangat.

Aku harap weekend nie aku boleh buat aktiviti yang mengembangkan otak aku yang hampir beku. Memandangkan hari nie hari Jumaat dan kebetulan boss pulak tak masuk ofis, kami ramai-ramai pergi tengok wayang cerita "Gangster KL". Best... touching betul aku scene Zizan kena tikam dengan Samsul Yusuf Haslam tadi, rasa nak nangis pun ade...tapi control-control coz nanti kalau si pendek tu nampak...seminggu aku kena perli. Lama dah tak tengok wayang...best jugak layan movie tadi. Seingat aku last aku tengok movie....citer "Hikayat Merong Mahawangsa", kalau tak silap hari Jumaat jugak.

Aku baca kat forum tadi kena makan banyak hati ayam untuk hilangkan rasa nak pitam aku nie. Tengoklah...esok-esok aku cari hati ayam...buat masak kicap sedapnyer. Masa balik kampung hari tu mak memang ade masak hati ayam bersama pedal, tapi aku makan hati ayam tu sikit-sikit jer... pedal ayam memang aku yang perabihkan hampir 60%...

Aku heranlah...semakin aku cuba menetapkan imanku...semakin banyak ujian yang datang. Tetiba jer semalam si King call aku. Bila aku tanya ada apa hal dia call aku, jawapan dia ialah, saje...tiba-tiba teringat aku, tu yang dia call aku tu. Menyesal sungguh aku angkat call dia. Kalau ikutkan hati nak je aku tukar no phone dan kereta. Susahlah....tapi kalau semata-mata nak lari dari orang-orang tertentu aku nak bazirkan duit aku pulak...sungguh tak praktikal kan...Ada lebih bagus aku buat tak tahu je. Jimat semua aspek.

Wednesday, June 8, 2011

Rejab Datang Lagi

Bulan Rejab datang lagi, jadi mulalah melatih diri untuk melakukan amal ibadah sebelum tibanya bulan Ramadhan. Aku buat mana yang termampu sahaja. Kalau tak mampu cukup sekadar melakukan amal ibadat yang mudah-mudah. Kata alim ulama doa di bulan Rejab ini mustajab. Jadi lebih-lebihkanlah berdoa. Insyaallah jika diperkenankan Allah. Untuk aku, aku cuba menjadi yang lebih baik dari diri aku yang sebelumnya. Memang banyak dugaan dan syaitan yang datang menghasut. Tetapi aku cuba mempertingkatkan imanku agar tidak tergelincir dari landasan yang sudah ditetapkan. 

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Selamat Beramal

Monday, June 6, 2011

Selamat Bertugas

Assalammualaikum...w..b..t...hai ! Hari ini aku telah kembali bertugas. Sungguh...seronot percutianku kali ini. Penuh dengan gelak tawa buah hati aku budak 3 beradik kat kampung tu beserta Bonda yang tersayang. Aku memandu pulang seorang diri pada 1 June 2011 jam 6:30am selepas subuh. Perjalananku slow and steady jer, coz aku tahu takde apa yg nak di kejoooorrr. Dari Sekinchan aku ditemani hujan lebat sehingga sampai ke Tanjong Tualang. Gerak saja aku dari rumah, aku maklumkan kepada Bonda. Khuatir jika ada apa-apa yg berlaku di perjalanan nanti, sekurang-kurangnya ada yang mencari. Sedang aku driving tiba-tiba aku menerima panggilan dari customer syarikat tempat aku bekerja dari Hospital Slim River, dia minta confirmation berkenaan dengan sebut harga dan P.O yang telah dia berikan pada aku. Malangnya aku sedang bercuti balik kampung. Rupanya customer aku tu juga berasal dari kampung bersebelahan dengan kampung aku iaitu Kampung Gajah. Dah dia tahu dimana letaknya Tanjong Tualang, terus aku jemput dia untuk sama-sama memeriahkan majlis Kenduri Aruah Abah aku malam Jumaat ini.

Sampai aku di Kampung Gajah dalam pukul 10:00am. Aku menelefon Bonda, masih di pasar Batu Gajah. Abg Mie pula memberitahu aku yang mereka terus ke Ipoh. Jadi memandangkan perutku sudah mula berbunyi, jadi aku singgah makan di Kampung Gajah. Makan sengsorang...niat nak sarapan...sekali ku tengok dah hidang lunch...mmm...makan tengahari terus je la. Selesai makan, Bonda masih belum sampai di rumah. Aku meneruskan saja perjalananku ke Batu Gajah...salon Kak Ema...2 bulan tak balik kampung...muke dah macam apa je tak berfacial. Jadi inilah masanya yang sesuai. Sekali Kak Ema cuti la, pekerja dia je yang ada, takpe la. Sedang muka aku diwapkan...Kak Ema datang ke salon, pekerja dia menelefon Kak Ema memberitahu aku datang, cuti-cuti pun Kak Ema sanggup datang salon nak jumpa aku. Thanks Kak Ema.

Sampai di rumah Bonda masih lagi takde...kata Kak Anim, Bonda dan Abg Mie ke Teluk Intan pula mencari bahan untuk masak ayam esok. Aku memulakan kerja mengupas bawang, siang ayam, siang ikan...dan kerja-kerja seangkatan untuk menyediakan bahan-bahan kenduri esok. Tak lama kemudian, makcik Moon dan Wan Lebor datang...mmm...memang menyerah diri betul mereka ni. Di saat-saat macam nie, aku dengan Kak Anim memang memerlukan sangat tenaga kerja untuk membantu kami menyediakan awas-awas masakan esok.

Pada keesokan harinya pula aku dan Bonda ke pasar Batu Gajah sekali lagi untuk mengambil udang yang sudah ditempah. Sampai rumah sibuk la memasak. Tahun nie banyak betul menu untuk kenduri Abah. Ayam ada, ikan ada, daging ada udang ada, ulam-ulaman dan sambal pasti tidak ketinggalan. Abang Yang pun ada balik satu keluarga.

Punyelah ramai orang datang, sampai lembik aku dibuatnya melayan tetamu, syukur alhamdulillah. Jam telah menunjukkan pukul 2:00am, aku baru saja dapat melabuhkan badan di tilam.

Esoknya awal-awal pagi lagi Abang Yang dah mengambil daun pandan, mmm...kerja aku lah tu memotong daun pandan untuk dibawa ke kubur nanti. Sempat juga aku membawa Bonda ke Batu gajah, katanya nak beli ubat. Ubat kecantikan :-) Walaupun Bonda aku nie sudah berumur hampir 70 tahun, tapi dia sangat menjaga kesihatan dan kecantikan luar dan dalam. Kawan-kawan yang seusia ataupun yang lebih muda dari dia pun nampak lebih tua dari Bondaku yang cantik lagi manis menawan nie. Jangan tak tahu...masih ada yang mahu merisik Bonda ku ini. Tapi di tolak mentah-mentah. Aku tak pernah menghalang...jika ianya membahagiakan Bonda ku, apa salahnya.

Sabtu pula memenuhi jemputan kenduri aruah atuk di Parit 4. Jumpa la aku dengan pakcik dan makcik aku yang ramai tu. Dan soalan yang aku tak berapa kenan dengor..."Bila lagi nak merasa nasi minyak Adik nie?"..."Balik sorang ke? Bila lagi nak balik berdua?"..."Bila nak kahwin?"...macam la aku ada jawapan untuk soalan tu. Itu semua kan kerja Tuhan. Tak dapek den nak menjawabnyer. Yang menambah penyedep soalan tu pulak, sepupu aku yang muda-muda dari aku ramai nak nikah bulan Julai nie. Bertuang pun ada...yang dah ada anak satu ... dua pun ada. Mangsanya siapa lagi kalau tak aku. Nasib badan...takpe...takpe...sabar.

Ahad pulak awal pagi selepas sarapan, aku pun nak gerak balik KL. Sayu sungguh hati ku saat pertanyaan ini diajukan oleh Fendi. "Maksu, bila maksu balik sini lagi? Maksu jangan lupa balik lagi ya". Aduh...bagai diruntun hatiku ini. Kalau diikutkan hati, aku memang tak nak balik lagi, tapi apakan daya, aku mencari rezeki di negeri orang. Semakin membesar anak-anak buahku ini, semakin melekat kasih sayang bagaikan anak sendiri. Nak balik selalu, tak berkemampuan. Cuti sekolah sebegini, biasanya anak-anak buahku akan bercuti di rumahku di KL seminggu. Tapi cuti sekolah kali ini tak pula mereka nak kesana. Mungkin disebabkan ayah mereka, Abang mie tidak bersuara. Kasihan Fendi, Nabila dan Aja.

Nanti kalau maksu ada rezeki lebih, maksu bawa jalan ya.

Sampai di KL jam 4:00pm

Berehat

Tuesday, May 31, 2011

Menghitung Jam

Aduh...sakit pulak perut aku pagi-pagi buta ni. Semalam salah makan ke? Seingat aku, semalam aku lunch kat Half Moon. Takkan sakit perut kot. Nanti kutanya pada office mate aku yang join aku lunch sama semalam. Lambat lagi la masa nie nak menyampai ke petang. Dah tak sabar rasanya nak balik kampung. Tapi aku pun sebenarnya belum buat keputusan lagi samada nak balik petang ni atau pun pagi esok. Kalau ikutkan kenduri... malam jumaat. Aku dah apply cuti hari Rabu lagi. Lepak kat KL ni pun buat apa kalau cuti dah approve, baik balik terus ke kampung. Tengoklah...kalau tak penat sangat petang ni, aku baliklah petang atau malam nie terus... kalau penat...esok pagi saja. Mengenangkan cerita-cerita seram yang sedang ditayangkan di pawagam saat ini (walaupun aku tak pergi menonton...hanya mendengar cerita saja dari member-member) sudah cukup membuatkan aku berfikir tujuh... lapan kali nak balik malam nie ke tak. Ikut highway ke ikut jalan lama ke... aku tetap akan tempuh jalan yang gelap lagi sunyi. Walaupun selama lapan tahun aku sudah biasa balik kampung seorang diri sekitar 12 tengah malam hingga ke empat pagi...tapi tiap kali aku nak balik...aku pasti terasa seram.

Aku nie kata orang berani orangnya. Memang ada masa-masanya aku nie berani tak terduga. Namun dalam hati...hanya aku dah Tuhan saja yang tahu. Lupakan sejenak apa yang akan aku tempuh malam ini, sebab aku pun tak buat keputusan lagi. Yang pasti malam tadi aku dapat sms dari seseorang yang pada mulanya aku rasa aku kenal. Tapi bila balas-balas sms, tiba-tiba aku rasa orang disana tu bukanlah kenalan yg aku kenal. Ironinya dia saja yang kenal aku, tapi aku tak pasti siapa dia. Bila ku tanya siapa? Tiada jawapan yang aku dapat. Malas la nak paksa-paksa... kalau orang tu nak kenalkan dirinya, nanti dia beritahulah kan. Tapi smsnya tetibanya membuatkan aku confuse. "g.Nite syg" . What that means?
Biarlah apa sekalipun yang dimaksudkan. Kalau tak esok... lusa... pasti satu hari nanti aku tahu juga siapa orangnya.

Baju kotor dah habis basuh... bilik dah kemas sikit-sikit (tu maknanya belum siap kemas la). Baju untuk balik kampung belum siap packing...pembetulan...bukan belum siap packing....tak mula packing lagi pun. Malas nak packing awal...nanti takut ada barang yang tertinggal. Sebelum balik kampung aku kena pergi bayar sewa rumah...ala...kalau balik dari kampung baru bayar boleh tak? Nanti kalau terpakai...aku jugak yang susah.

Aku nak cuti lama ni. Nanti aku balik dari kampung nanti aku akan ceritakan kemeriahan percutian aku yek. Semoga cuti ku kali ini merupakan percutian yang menyeronokkan.

SELAMAT BERCUTiiiiiiiiiii

Monday, May 30, 2011

Sekian Lama

Salam satu Malaysia. Sudah lama aku tak buka blog aku nie. Dan selama itu jugalah aku tidak menulis. Kali terakhir aku tulis blog adalah pada March 2011 dan hari ini 30 May 2011 aku kembali. Hampir setahun dua bulan aku tinggalkan blog aku.

Dengan kedatangan Facebook, aku sudah kurang menulis, lagi pula macam-macam perkara baru telah datang dalam hidupku. Hidup ku kini telah banyak berubah, aku lebih pasrah dan redha dengan apa yang mendatang. Semakin aku redha, semakin banyak ujian yang Allah turunkan. Itulah namanya kehidupan. Pasti sunyi tanpa ujian Tuhan.

Lagi dua hari aku akan pulang ke kampung. Setelah dua bulan tak balik, rindu didadaku ini sudah tidak dapat ditanggung lagi. Walau[un dipoket ku ini cuma tinggal beberapa helai wang kertas saja lagi, tetapi aku tetap pulang untuk melepaskan rindu dan menenangkan fikiran. Lagi pula sekarang ini sudah masuk musim cuti sekolah. Pasti ramai kenalan di kampung yang melakukan kerja kahwin. Dah lama aku tak makan nasi minyak.

Nasi minyak tu tak tau lagi dapat ke tidak. Jemputan memang sudah ada. Yang pasti malam Jumaat ini mak nak buat kenduri aruah Abah. Tahun ni sudah 11 tahun Abah meninggalkan kami semua. Kalau Abah ada saat ini tentu hidup aku pasti akan lebih bahagia. Kasih sayang Abah tak sama macam kasih sayang insan lain yang pernah aku terima seumur hidup aku.

Pusara yang pasti aku lawati.